Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Faktor2 dan Rawatan Pencegahan Bagi OME & AOM

Faktor risiko Ada beberapa faktor risiko utama otitis media iaitu:  Sindrom Down  Kanak-kanak yang tinggal di pusat jagaan kanak-kanak  Kanak-kanak sumbing  Umur — Kanak-kanak berumur enam hingga 18 bulan paling mudah mendapat jangkitan telinga. Masalah jangkitan telinga adalah masalah biasa bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur empat bulan hingga empat tahun  Kanak-kanak ditempatkan dalam kumpulan besar seperti di pusat jagaan harian lebih mudah diserang selesema berbanding yang dijaga di rumah. Oleh itu mereka lebih mudah mendapat jangkitan telinga  Terdedah pada asap rokok atau dibesarkan dalam persekitaran dengan kualiti udara rendah. Kanak-kanak yang terdedah kepada udara mengandungi asap rokok atau tercemar mempunyai risiko lebih tinggi mengalami jangkitan  Kerap mendapat jangkitan saluran pernafasan atas (contohnya selesema)  Sejarah keluarga. Jika anda, pasangan atau ada ahli keluarga pernah mendapat jangkitan telinga, bermakna anak anda juga berpeluang mengalami m

Hearing Promo and Child Hearing Test "Let's Join ^_^"

1) video 1: 2) Video 2: 

Nikmat Pendengaran

Bismillahirrahmanirrahim.....^_^ Firman Allah yang bermaksud:  “Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya serta meniupkan padanya roh ciptaan-Nya dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran, penglihatan dan hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” – (Surah as-Sajdah, ayat 9) Sesungguhnya setiap kalimah dalam ayat al-Quran itu penuh dengan makna tersurat dan tersirat. Umpamanya, kronologi disebutkan pendengaran dulu daripada penglihatan adalah suatu yang dibuktikan benar secara perubatan. Menurut pakar anatomi manusia, Profesor Keith Moore, deria yang pertama terbentuk pada perkembangan manusia ialah pendengaran. Fetus boleh mula mendengar pada minggu ke-24. Selepas itu, deria penglihatan terbentuk dan pada minggu ke-28, yang pada waktu ini retina mula menjadi sensitif kepada cahaya. Disebabkan itulah, apabila seseorang bayi mula dilahirkan maka stimulasi atau pendedahan pertama yang mesti diberikan ialah alunan azan dan iqamah kerana pada sa

HILANG PENDENGARAN..

1) Gambarajah dalam telinga:  PERNAHKAH anak anda mengadu sakit telinga atau menunjukkan cecair keluar daripadanya? Jika ya, jangan ambil mudah kerana anak anda mungkin terkena jangkitan telinga atau radang di bahagian telinga tengah. Ia dipanggil otitis media iaitu penyakit telinga yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berusia enam bulan hingga satu tahun. Ia penyakit kedua biasa berlaku selepas selesema. Secara global, 83 peratus kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya sekali otitis media sebelum berumur tiga tahun dan 10 hingga 20 peratus kes membabitkan bayi berumur bawah 12 bulan. Kajian mendapati 60 hingga 80 peratus kes otitis media berlaku di negara membangun, termasuk Malaysia yang disebabkan oleh bakteria. Menurut Pakar Bedah ENT (telinga, hidung, tekak) dan Surgeri Kepala Leher, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr Samril Bokari berkata, otitis media terbahagi kepada dua iaitu otitis media dengan kehadiran cecair (OME) dan otitis media akut(AOM). “Gejala AOM berl

EarCheck - Mengesan Jangkitan Dalam Telinga

Earcheck Otitis Media - Jangkitan dalam telinga yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak akibat dari pengumpulan cecair di dalam telinga. Jangkitan ini biasanya diiringi dengan rasa sakit telinga, demam dan simptom-simptom lain. EarCheck membantu untuk memantau bila anak anda mungkin mempunyai jangkitan telinga. J CEPAT   J TEPAT   J MUDAH   J   TIDAK MENYAKITKAN   Hotline:   09-744 1663 Jualan atas talian: www.healthtools.com.my