Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Hak Istimewa Pemegang Kad Oku

Kad OKU ini hanya boleh diperoleh dengan mendaftarkan diri di Pejabat JKM Daerah di tempat tinggal OKU berkenaan dengan perakuan doktor. Kad terbahagi kepada enam jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan iaitu  penglihatan  (biru),  pendengaran  (ungu),  fizikal  (hijau),  cerebral palsy  (merah), masalah pembelajaran  (kuning) dan  lain-lain  (oren). Tujuan pendaftaran dengan JKM adalah untuk mengumpul data atau statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan atau program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Walaupun pendaftaran adalah atas dasar sukarela, ia seharusnya digalakkan bagi OKU mendapatkan segala kemudahan dan insentif yang disediakan bukan sahaja oleh pihak kerajaan, tetapi juga swasta. Keistimewaan kepada OKU 1) Pelbagai keistimewaan yang disediakan kementerian dan agensinya untuk OKU akan mudah disalurkan kepada OKU yang berdaftar. Umpamanya Kementerian Pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan program khas kepada k

Interton Scope