Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Selamat hari pendengaran sedunia 3 Mac 2014.

Telinga oh Telinga Telinga; fungsinya untuk mendengar . Semua orang tahu. Kalau diminta kepada kanak-kanak sepuluh tahun untuk menyebut lima panca indera manusia, salah sa t unya adalah telinga. Dengan telinga jugalah kita mendengar pelbagai input, dari alunan ba c aan Q uran yang menenangkan jiwa, kemerduan bunyi-bunyi alam, hinggalah ke bingit bunyi hon kenderaan ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Bagaimanakah proses pendengaran berlaku? Terdapat tiga bahagian telinga y ang bekerja keras bagi memastikan proses pendengaran berlaku dengan sempurna. Tiga bahagian tersebut adalah telinga luar, telinga tengah, dan telinga dalam . Bahagian telinga paling luar, dikenali s ebagai pinna , ber f ung s i s ebagai pemerangkap bunyi. B un y i yang dikumpulkan dihantar ke gegendang telinga melalui salur telinga. Getaran gelombang bunyi pada gegendang teling