Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Informasi

Makluman penutupan sementara Sempena Hari Raya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Sempena musim perayaan Aidilfitri, kami wakil dari InnoHear Kota Bharu memaklumkan bahawa Innovative Hearing Sdn Bhd akan mula ditutup selama 1 minggu bermula hari jumaat 17 Augs 2012 bersamaan 27 Ramadhan 1433 sehingga 25 Augs 2012 bersamaan 7 Syawal 1433 di semua Centre InnoHear. Innovative Hearing Sdn Bhd akan mula beroperasi kembali pada 26 Augs 2012 bersamaan 8 Syawal 1433 iaitu pada hari ahad. Dan kami mengakhiri pemakluman ini dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada pelanggan-pelanggan yang kami hormati dan kasihi...sekian terima kasih...

Hak Istimewa Pemegang Kad Oku

Kad OKU ini hanya boleh diperoleh dengan mendaftarkan diri di Pejabat JKM Daerah di tempat tinggal OKU berkenaan dengan perakuan doktor. Kad terbahagi kepada enam jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan iaitu  penglihatan  (biru),  pendengaran  (ungu),  fizikal  (hijau),  cerebral palsy  (merah), masalah pembelajaran  (kuning) dan  lain-lain  (oren). Tujuan pendaftaran dengan JKM adalah untuk mengumpul data atau statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan atau program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Walaupun pendaftaran adalah atas dasar sukarela, ia seharusnya digalakkan bagi OKU mendapatkan segala kemudahan dan insentif yang disediakan bukan sahaja oleh pihak kerajaan, tetapi juga swasta. Keistimewaan kepada OKU 1) Pelbagai keistimewaan yang disediakan kementerian dan agensinya untuk OKU akan mudah disalurkan kepada OKU yang berdaftar. Umpamanya Kementerian Pelajaran di bawah Jab...

Faktor2 dan Rawatan Pencegahan Bagi OME & AOM

Faktor risiko Ada beberapa faktor risiko utama otitis media iaitu:  Sindrom Down  Kanak-kanak yang tinggal di pusat jagaan kanak-kanak  Kanak-kanak sumbing  Umur — Kanak-kanak berumur enam hingga 18 bulan paling mudah mendapat jangkitan telinga. Masalah jangkitan telinga adalah masalah biasa bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur empat bulan hingga empat tahun  Kanak-kanak ditempatkan dalam kumpulan besar seperti di pusat jagaan harian lebih mudah diserang selesema berbanding yang dijaga di rumah. Oleh itu mereka lebih mudah mendapat jangkitan telinga  Terdedah pada asap rokok atau dibesarkan dalam persekitaran dengan kualiti udara rendah. Kanak-kanak yang terdedah kepada udara mengandungi asap rokok atau tercemar mempunyai risiko lebih tinggi mengalami jangkitan  Kerap mendapat jangkitan saluran pernafasan atas (contohnya selesema)  Sejarah keluarga. Jika anda, pasangan atau ada ahli keluarga pernah mendapat jangkitan telinga, bermakn...

Panduan Penjagaan Alat Bantu Pendengaran

1. Pastikan ABP sentiasa bersih      Pastikan tangan anda bersih dan kering sebelum mengendalikan ABP. Bersihkan ABP sekerap yang boleh menggunakan tisu atau kain yang kering. 2. Elakkan ABP daripada terjatuh atau terdedah kepada ketukan serta impak yang kuat Semasa mengendalikan ABP, pastikan ia berada di atas permukaan yang lembut bagi mengelakkan sebarang kerosakan sekiranya terjatuh . 3. Pastikan ABP sentiasa kering Tanggalkan ABP dari telinga jika ingin mandi atau berenang. Sekiranya ABP terdedah kepada kelembapan, contohnya berpeluh, simpan ABP di dalam bekas kering yang mengandungi kapsul penyerap kelembapan (pastikan bateri dikeluarkan terlebih dahulu). 4 . Pastikan ABP tidak terdedah kepada bahan-bahan kimia yang terdapat dalam kosmetik Partikel-partikel yang terhasil daripada alat solekan, penyembur rambut, minyak wangi dan racun serangga boleh menyebabkan bukaan mikrofon pada ABP tersumbat. Sentiasa pastikan ABP ditanggalkan terlebih dahulu jika m...