Skip to main content

Ujian Saringan Pendengaran Bayi (Newborn Hearing Screening)

Pendengaran merupakan salah satu pancaindera yang sangat penting untuk pertuturan dan perkembangan bahasa manusia. Tanpa pendengaran yang baik perkembangan bahasa dan keupayaan untuk bertutur akan terjejas. Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan 3 daripada 1000 bayi baru lahir mempunyai masalah pendengaran yang signifikan. Selain itu, pada tahun 2009 World Health Organization (WHO) telah melaporkan seramai 1 hingga 5 daripada 1000 bayi baru lahir mempunyai masalah pendengaran yang kongenital (sejak lahir).



Berdasarkan statistik di atas, ujian saringan pendengaran bayi baru lahir sangat digalakkan untuk dibuat kepada semua bayi. Dengan adanya saringan secara universal (semua bayi baru lahir buat saringan), masalah pendengaran dapat dikesan dengan lebih awal. Pengurusan masalah pendengaran (pemakaian alat bantu pendengaran / implan koklea, terapi pertuturan dll) dapat dilakukan dengan secepat mungkin. Ini penting untuk integrasi kanak-kanak bermasalah pendengaran tersebut ke dalam masyakarat, dan sistem persekolahan.

Bagaimana ujian saringan pendengaran ini dijalankan kepada bayi?
Pada peringkat pertama, ujian pancaran otoakustik (OAE) akan dilakukan pada kedua-dua belah telinga. Rangsangan bunyi ‘klik’ yang lembut akan disalurkan ke telinga bayi melalui prob telinga. Tindak balas daripada koklea terhadap bunyi klik ini akan direkod oleh alat secara automatik. Bayi yang gagal ujian saringan pendengaran OAE pada peringkat pertama akan diberikan temujanji untuk ujian Automated Auditory Brainstem Response (AABR) sebelum bayi berumur dua bulan.

Ujian ini mudah dilakukan kepada bayi sekitar umur 1 bulan ke 2 bulan kerana pada waktu ini kebanyakan bayi menghabiskan masa untuk tidur. Hal ini kerana ujian ini sangat dipengaruhi oleh bunyi bising dan pergerakan bayi. Bunyi bising contohnya tangisan bayi boleh menghalang kebolehpercayaan keputusan ujian ini.

Di InnoHear Center kami menyediakan ujian saringan pendengaran bayi ini pada  harga yang sangat berpatutan. Ujian ini juga tidak sakit dan hanya memakan masa beberapa minit sahaja.


Jom kita pakat tengok video Ujian Saringan Pendengaran Bayi di channel youtube
Ada penampilan khas daripada
h yang merupakan Audiologist di Innohear Kuala Lumpur
Jom pakat tengok and like deh!




Hotline InnoHear: +6017 638 7247.

Comments

Popular posts from this blog

innohear KOTA BHARU :

P u s a t S e h e n t i u n t u k : Alat Bantuan Pendengaran Digital Terapi & Kaunseling Kebisingan Dalam Telinga ( TINNITUS ) : Terapi Laser ( menggunakan MedicLaser + Tinnitool) Aksesori Alat Bantuan Pendengaran Ujian Pendengaran & Khidmat Perundingan Pendengaran oleh Audiologis dan tenaga-tenaga kami yang mahir   Dapatkan U J I A N P E N D E N G A R A N dan KHIDMAT KAUNSELING secara percuma di cawangan kami !!!!!!!! innohear KOTA BHARU : P T 3 4 3 , T I N G K A T 1 , W I S M A G E M I L A N G , S E K S Y E N 2 5 , J A L A N S U L T A N Y A H Y A P E T R A , 1 5 2 0 0 K O T A B H A R U , K E L A N T A N Tel : +609-7441663      Fax : +609-7481591 Email : kotabharu@innohear.com                                   --------------------------------...

Memahami Masalah Pendengaran / Understanding Hearing Loss :

Pendengaran   ~ salah satu deria manusia yang paling penting . Jangan benarkan masalah pendengaran menghalang anda berkomunikasi dengan orang tersayang . Dan jangan biarkan masalah pendengaran menjejaskan kualiti kehidupan dan kesihatan anda . Profesional Penjagaan Pendengaran Anda ~ Kami di Innohear sangat komited untuk memberikan khidmat ujian dan pengurusan masalah pendengaran yang komprehensif , kepada orang dewasa mahu pun kanak-kanak . Kami akan membantu anda membuat pemilihan alat bantu pendengaran yang sesuai dengan masalah yang dihadapi . *** Jadi, segera dapatkan ujian pendengaran dan khidmat kaunseling di cawangan kami (innohear KOTA BHARU , Kelantan) ---------------------------------------------------------------------------------- Hearing ~ One of the most important human senses . Don't let hearing loss make you miss out the many good and vital messages of life , and risk lower the quality of your life and well-being . ...