Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Salat Buddy

Setiap umat Islam tentu sahaja mahukan solat yang sempurna. Sujud, salah satu pergerakan solat, merupakan antara ibadah yang teragung dan dicintai oleh Allah.  Pada masa ini, seorang hamba betul-betul merendahkan dirinya dan menyentuh kepala (yang paling atas) terus ke tanah (yang paling rendah), sebagai tanda tunduk kepada Sang Pencipta. Sebagai satu simbol, seorang hamba berada paling dekat Tuhannya semasa sujud. Tapi ada Muslimin dan Muslimat yang mungkin tidak dapat merasa nikmat sujud kepada Allah. Kesukaran untuk sujud ini selalunya bersebab daripada masalah perubatan. Contohnya sakit lutut, walaupun masih boleh mula solat secara berdiri, kebanyakan masa agak sukar untuknya melipat kaki semasa duduk antara dua sujud. Akhirnya terpaksa solat di atas kerusi. Hilang nikmat solat. Kini, ada cara untuk membolehkan mereka yang mengalami kecederaan lutut dan sendi kaki untuk melakukan solat dengan lebih sempurna. Perkenalkan: SalatBuddy, rakan solat anda. SalatBuddy direka

Jenis-jenis Alat Bantu Pendengaran & Situasi Kehidupan Seharian

Jenis-jenis Alat Bantu Pendengaran (ABP) 1) BTE (belakang telinga) 2) RIE / ITE / ITC / CIC (dalam telinga) ABP memberikan tahap pendengaran yang lebih baik di dalam situasi berikut :- a) Tanpa Perbualan i) bunyi kereta ii) bunyi orang berjalan b) Mendengar Muzik Pasif i) tv ii) radio iii) stereo c) Mendengar dan Menonton Secara Langsung i) teater ii) opera iii) konsert d) Perbualan berlatar belakang bunyi yang berterusan i) ketika memandu e) Perbualan berlatar belakang bunyi yang bising i) perbualan secara berkumpulan ii) perbualan di luar rumah/di tempat yang sibuk f) Perbualan melalui telefon g) Perbualan di tempat yang senyap i) perbualan di rumah/tempat kerja

Congenital Hearing Loss

Refers to the hearing problem which is inherited from parents or acquired in the womb or during delivery process. For instance the microtia and anotia problem which are refers to the imperfect development of the physical structure of the ear itself. Nongenetic factors can account for about 25% of congenital hearing loss. Nongenetic factors that are known to cause congenital hearing loss include: ✓Maternal infections, such as rubella (German measles), cytomegalovirus, or herpes simplex virus ✓ Prematurity ✓ Low birth weight ✓ Birth injuries ✓Toxins including drugs and alcohol consumed by the mother during pregnancy ✓Complications associated with the Rh factor in the blood/jaundice ✓  Maternaldiabetes ✓  Toxemiaduring pregnancy ✓ Lack of oxygen (anoxia) Genetic factors (hereditary) are thought to cause more than 50% of all hearing loss. Hearing loss from genetic defects can be present at birth or develop later on in life. Most genetic hearing loss can

Ujian Saringan Pendengaran Bayi (Newborn Hearing Screening)

Pendengaran merupakan salah satu pancaindera yang sangat penting untuk pertuturan dan perkembangan bahasa manusia. Tanpa pendengaran yang baik perkembangan bahasa dan keupayaan untuk bertutur akan terjejas. Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan 3 daripada 1000 bayi baru lahir mempunyai masalah pendengaran yang signifikan. Selain itu, pada tahun 2009 World Health Organization (WHO) telah melaporkan seramai 1 hingga 5 daripada 1000 bayi baru lahir mempunyai masalah pendengaran yang kongenital (sejak lahir). Berdasarkan statistik di atas, ujian saringan pendengaran bayi baru lahir sangat digalakkan untuk dibuat kepada semua bayi. Dengan adanya saringan secara universal (semua bayi baru lahir buat saringan), masalah pendengaran dapat dikesan dengan lebih awal. Pengurusan masalah pendengaran (pemakaian alat bantu pendengaran / implan koklea, terapi pertuturan dll) dapat dilakukan dengan secepat mungkin. Ini penting untuk integrasi