Skip to main content

Ujian Saringan Pendengaran Bayi (Newborn Hearing Screening)

Pendengaran merupakan salah satu pancaindera yang sangat penting untuk pertuturan dan perkembangan bahasa manusia. Tanpa pendengaran yang baik perkembangan bahasa dan keupayaan untuk bertutur akan terjejas. Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan 3 daripada 1000 bayi baru lahir mempunyai masalah pendengaran yang signifikan. Selain itu, pada tahun 2009 World Health Organization (WHO) telah melaporkan seramai 1 hingga 5 daripada 1000 bayi baru lahir mempunyai masalah pendengaran yang kongenital (sejak lahir).



Berdasarkan statistik di atas, ujian saringan pendengaran bayi baru lahir sangat digalakkan untuk dibuat kepada semua bayi. Dengan adanya saringan secara universal (semua bayi baru lahir buat saringan), masalah pendengaran dapat dikesan dengan lebih awal. Pengurusan masalah pendengaran (pemakaian alat bantu pendengaran / implan koklea, terapi pertuturan dll) dapat dilakukan dengan secepat mungkin. Ini penting untuk integrasi kanak-kanak bermasalah pendengaran tersebut ke dalam masyakarat, dan sistem persekolahan.

Bagaimana ujian saringan pendengaran ini dijalankan kepada bayi?
Pada peringkat pertama, ujian pancaran otoakustik (OAE) akan dilakukan pada kedua-dua belah telinga. Rangsangan bunyi β€˜klik’ yang lembut akan disalurkan ke telinga bayi melalui prob telinga. Tindak balas daripada koklea terhadap bunyi klik ini akan direkod oleh alat secara automatik. Bayi yang gagal ujian saringan pendengaran OAE pada peringkat pertama akan diberikan temujanji untuk ujian Automated Auditory Brainstem Response (AABR) sebelum bayi berumur dua bulan.

Ujian ini mudah dilakukan kepada bayi sekitar umur 1 bulan ke 2 bulan kerana pada waktu ini kebanyakan bayi menghabiskan masa untuk tidur. Hal ini kerana ujian ini sangat dipengaruhi oleh bunyi bising dan pergerakan bayi. Bunyi bising contohnya tangisan bayi boleh menghalang kebolehpercayaan keputusan ujian ini.

Di InnoHear Center kami menyediakan ujian saringan pendengaran bayi ini pada  harga yang sangat berpatutan. Ujian ini juga tidak sakit dan hanya memakan masa beberapa minit sahaja.


Jom kita pakat tengok video Ujian Saringan Pendengaran Bayi di channel youtube
Ada penampilan khas daripada
h yang merupakan Audiologist di Innohear Kuala Lumpur
Jom pakat tengok and like deh!




Hotline InnoHear: +6017 638 7247.

Comments

Popular posts from this blog

5/4/2012 : Screening At Tadika Excellent Child Centre (ECC) Kota Bharu

AlHAMDULILLAH! Innohear Kota Bharu berjaya mengadakan ujian saringan kesihatan telinga bertempat di Tadika Kanak2 Cemerlang, Jalan Bayam Kota Bharu. Jutaan Terima Kasih kepada semua yang terlibat terutama Pengurus tadika, Pn Rahimah dan juga semua staf Innohear yang terlibat memberi idea, maklumat dan dan sokongan! Smga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik cara =)                                                                      
 Servis & Perkhidmatan kami di Innohear Kota Bharu 🧐 βœ… Ujian Pendengaran (Hearing Test) βœ… Pemakaian dan kaunseling berkaitan Alat Bantu Pendengaran (ABP) βœ… Servis dan baikpulih Alat Bantu Pendengaran (ABP) βœ… Kaunseling Tinnitus (Telinga Berdesing) βœ… Aksesori Alat Bantu Pendengaran (ABP) seperti bateri, butir pengering, acuan telinga, tiub acuan telinga dll Pakar pendengaran kami sedia membantu anda.  Apa tunggu lagi? Whatsapp di http://innohearpantaitimur.wasap.my/  INNOHEAR KOTA BHARU 1528, Jalan Dato Lundang, 15200 Kota Bharu, Kelantan 011-1079 2663 #innohear #innohearkotabharu #innohearkelantan  #sedardengar #hearingcare #hearingloss #hearingtest  #hearingaids  #kotabharu #pakarpendengarananda  #audiometrytest #pusatalatbantupendengaran #ujianpendengaran #premiumhearingaidsmadeaffordable