1. Pastikan ABP sentiasa bersih Pastikan tangan anda bersih dan kering sebelum mengendalikan ABP. Bersihkan ABP sekerap yang boleh menggunakan tisu atau kain yang kering. 2. Elakkan ABP daripada terjatuh atau terdedah kepada ketukan serta impak yang kuat Semasa mengendalikan ABP, pastikan ia berada di atas permukaan yang lembut bagi mengelakkan sebarang kerosakan sekiranya terjatuh . 3. Pastikan ABP sentiasa kering Tanggalkan ABP dari telinga jika ingin mandi atau berenang. Sekiranya ABP terdedah kepada kelembapan, contohnya berpeluh, simpan ABP di dalam bekas kering yang mengandungi kapsul penyerap kelembapan (pastikan bateri dikeluarkan terlebih dahulu). 4 . Pastikan ABP tidak terdedah kepada bahan-bahan kimia yang terdapat dalam kosmetik Partikel-partikel yang terhasil daripada alat solekan, penyembur rambut, minyak wangi dan racun serangga boleh menyebabkan bukaan mikrofon pada ABP tersumbat. Sentiasa pastikan ABP ditanggalkan terlebih dahulu jika m...
PUSAT UJIAN PENDENGARAN DAN ALAT BANTUAN PENDENGARAN ANDA!