Skip to main content

Panduan Penjagaan Alat Bantu Pendengaran


1. Pastikan ABP sentiasa bersih
     Pastikan tangan anda bersih dan kering sebelum mengendalikan ABP. Bersihkan ABP sekerap yang boleh menggunakan tisu atau kain yang kering.


2. Elakkan ABP daripada terjatuh atau terdedah kepada ketukan serta impak yang kuat
Semasa mengendalikan ABP, pastikan ia berada di atas permukaan yang lembut bagi mengelakkan sebarang kerosakan sekiranya terjatuh.


3. Pastikan ABP sentiasa kering
Tanggalkan ABP dari telinga jika ingin mandi atau berenang. Sekiranya ABP terdedah kepada kelembapan, contohnya berpeluh, simpan ABP di dalam bekas kering yang mengandungi kapsul penyerap kelembapan (pastikan bateri dikeluarkan terlebih dahulu).

4. Pastikan ABP tidak terdedah kepada bahan-bahan kimia yang terdapat dalam kosmetik
Partikel-partikel yang terhasil daripada alat solekan, penyembur rambut, minyak wangi dan racun serangga boleh menyebabkan bukaan mikrofon pada ABP tersumbat. Sentiasa pastikan ABP ditanggalkan terlebih dahulu jika mahu menggunakan bahan-bahan yang dinyatakan di atas.

5. Pastikan ABP tidak terdedah kepada haba
       Jangan sesekali biarkan ABP terdedah kepada haba atau kepanasan yang melampau, contohnya cahaya matahari di rumah atau dalam kereta.


6.     Bersihkan ABP daripada serumen (tahi telinga)
Alat bantu pendengaran hendaklah sentiasa bersih daripada serumen kerana serumen boleh menyebabkan ABP rosak atau tidak berfungsi.


7. Simpan alat di tempat yang selamat
Sekiranya anda tidak menggunakan ABP, simpan ia dengan baik di dalam bekas yang disediakan. Keluarkan bateri jika ABP tidak digunakan untuk jangka masa yang agak lama.


8. Sekiranya ABP anda rosak, serahkan kepada yang berkenaan untuk dibaiki
Pemutar skru dan minyak boleh merosakkan ABP. Begitu juga dengan menyentuh segala bahan-bahan elektronik yang terkandung dalam ABP. Oleh itu, adalah disarankan, sekiranya ABP anda rosak atau tidak berfungsi, segera serahkannya kepada pusat di mana ABP diperolehi agar dapat dibaiki dengan segera.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Saringan Pendengaran Bayi (Newborn Hearing Screening)

Pendengaran merupakan salah satu pancaindera yang sangat penting untuk pertuturan dan perkembangan bahasa manusia. Tanpa pendengaran yang baik perkembangan bahasa dan keupayaan untuk bertutur akan terjejas. Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan 3 daripada 1000 bayi baru lahir mempunyai masalah pendengaran yang signifikan. Selain itu, pada tahun 2009 World Health Organization (WHO) telah melaporkan seramai 1 hingga 5 daripada 1000 bayi baru lahir mempunyai masalah pendengaran yang kongenital (sejak lahir). Berdasarkan statistik di atas, ujian saringan pendengaran bayi baru lahir sangat digalakkan untuk dibuat kepada semua bayi. Dengan adanya saringan secara universal (semua bayi baru lahir buat saringan), masalah pendengaran dapat dikesan dengan lebih awal. Pengurusan masalah pendengaran (pemakaian alat bantu pendengaran / implan koklea, terapi pertuturan dll) dapat dilakukan dengan secepat mungkin. Ini penting untuk integrasi

Salat Buddy

Setiap umat Islam tentu sahaja mahukan solat yang sempurna. Sujud, salah satu pergerakan solat, merupakan antara ibadah yang teragung dan dicintai oleh Allah.  Pada masa ini, seorang hamba betul-betul merendahkan dirinya dan menyentuh kepala (yang paling atas) terus ke tanah (yang paling rendah), sebagai tanda tunduk kepada Sang Pencipta. Sebagai satu simbol, seorang hamba berada paling dekat Tuhannya semasa sujud. Tapi ada Muslimin dan Muslimat yang mungkin tidak dapat merasa nikmat sujud kepada Allah. Kesukaran untuk sujud ini selalunya bersebab daripada masalah perubatan. Contohnya sakit lutut, walaupun masih boleh mula solat secara berdiri, kebanyakan masa agak sukar untuknya melipat kaki semasa duduk antara dua sujud. Akhirnya terpaksa solat di atas kerusi. Hilang nikmat solat. Kini, ada cara untuk membolehkan mereka yang mengalami kecederaan lutut dan sendi kaki untuk melakukan solat dengan lebih sempurna. Perkenalkan: SalatBuddy, rakan solat anda. SalatBuddy direka
Assalamualaikum semua, Untuk makluman. Kami telah bertukar tempat dari Innohear Pasir Puteh ke Innohear Kota Bharu. Alamat baru: D'Healthy - Physio,Speech & Occupational Therapy Centre, 1528, Jalan Dato Lundang, 15200 Kota Bharu, Kelantan https://waze.com/ul/hw30dxp9f8 Bulan Kesedaran Mendengar! Hubungi kami sekarang di 011-1079 2663 (Audiologist - Diyana Zaki) untuk membuat temujanji anda bagi: 1. Pemeriksaan pendengaran dengan audiologis iaitu pakar pendengaran anda. 2. Perbincangan dengan audiologis berkenaan kesihatan pendengaran. 3. Mencuba memakai alat bantu pendengaran (hearing aid trial) - Mengetahui bagaimana alat-alat bantu pendengaran yang terbaik ini dapat membuat pengalaman anda menjadi lebih baik. 4. Tinitus (berdesing dalam telinga) perundingan dan terapi. #innohear #sedardengar #premiumhearingaidsmadeaffordable #heartospeak #innohearkotabharu