Siapakah AUDIOLOGIS (Pegawai Pemulihan Pendengaran)?
Audiologis ialah profesional kesihatan yang terlibat dalam pengurusan kesihatan pendengaran. Kelayakan minima untuk menjadi seorang audiologis ialah sarjana muda dalam bidang Audiologi.
Audiologis berkelayakan untuk menyediakan perkhidmatan profesional yang komprehensif kepada individu yang mengalami masalah pendengaran. Ini merangkumi proses saringan, pencegahan, diagnosis, dan pengurusan serta rehabilitasi masalah pendengaran.
#innohear #innohearkotabharu #sedardengar #audiologistwork #hearingcare #audiologis #audiologist #masalahpendengaran
Comments
Post a Comment