Skip to main content

Faktor2 dan Rawatan Pencegahan Bagi OME & AOM


Faktor risiko


Ada beberapa faktor risiko utama otitis media iaitu:

  •  Sindrom Down
  •  Kanak-kanak yang tinggal di pusat jagaan kanak-kanak
  •  Kanak-kanak sumbing
  •  Umur — Kanak-kanak berumur enam hingga 18 bulan paling mudah mendapat jangkitan telinga. Masalah jangkitan telinga adalah masalah biasa bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur empat bulan hingga empat tahun
  •  Kanak-kanak ditempatkan dalam kumpulan besar seperti di pusat jagaan harian lebih mudah diserang selesema berbanding yang dijaga di rumah. Oleh itu mereka lebih mudah mendapat jangkitan telinga
  •  Terdedah pada asap rokok atau dibesarkan dalam persekitaran dengan kualiti udara rendah. Kanak-kanak yang terdedah kepada udara mengandungi asap rokok atau tercemar mempunyai risiko lebih tinggi mengalami jangkitan
  •  Kerap mendapat jangkitan saluran pernafasan atas (contohnya selesema)
  •  Sejarah keluarga. Jika anda, pasangan atau ada ahli keluarga pernah mendapat jangkitan telinga, bermakna anak anda juga berpeluang mengalami masalah sama
  •  Posisi badan ketika disusukan. Bayi yang menyusu dari botol sambil berbaring dikatakan lebih mudah mendapat jangkitan berbanding bayi yang menyusu dalam kedudukan badan tegak atau kedudukan kepala lebih tinggi dari badan. Justeru, pakar menyarankan ibu memberi susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan untuk menguatkan imun badan bayi dan mencegah masalah otitis media

Tanda


Oleh kerana kebanyakan kes berlaku pada kanak-kanak kecil yang belum tahu mengadu, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian kepada tanda ditunjukkan anak seperti:


  •  Anak menarik telinganya
  •  Anak menjadi cerewet dan kerap menangis
  • Anak sukar tidur
  •  Anak enggan makan
  •  Demam (terutama bayi dan kanak-kanak kecil)
  •  Ada cecair meleleh daripada telinga
  •  Anak mengalami masalah keseimbangan
  •  Anak mengalami masalah pendengaran atau lambat bertindak balas terhadap bunyi perlahan

Rawatan


  •  Oleh kerana otitis media boleh menyebabkan pelbagai masalah, rawatan segera perlu diberi. Biasanya doktor memberi antibiotik untuk satu jangka masa pendek, terutama jika kanak-kanak masih kecil dan tidak sihat
  •  Selepas mendapat jangkitan telinga, bahagian tengah telinga anak anda mungkin mengandungi cecair selama beberapa minggu
  •  Dalam tempoh ini anak anda mengalami sedikit masalah pendengaran dan cecair dalam telinganya akan hilang dalam masa dua bulan. Jika masih menunjukkan gejala keresahan dan tidak mendengar dengan baik, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut
  •  Ini kerana kanak-kanak boleh mendapat beberapa kali jangkitan telinga dalam masa setahun. Bagaimanapun, jika masalah tidak berkurang selepas beberapa kali berjumpa doktor keluarga, minta supaya anak anda dirujukkan kepada pakar kanak-kanak atau pakar telinga
  •  Seperkara yang ibu bapa perlu ingat ialah, bukan semua pesakit otitis media memerlukan antibiotik. Doktor akan membuat pertimbangan sama ada anak anda memerlukannya atau tidak, dan jika tidak diberi, jangan meminta kerana antibiotik tidak berguna jika masalah disebabkan jangkitan virus
  •  Dalam keadaan tertentu — jika antibiotik tidak berkesan, doktor mungkin memasukkan tiub kecil pada telinga anak bagi membolehkan cecair yang terperangkap di belakang gegendang mengalir keluar
  •  Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana tiub ini akan keluar sendiri selepas satu tempoh dan gegendang telinga yang berlubang (kesan cucukan tiub) akan sembuh dan tertutup kembali. Pendengaran anak juga akan kembali normal

Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, jangkitan telinga berhenti apabila kanak-kanak membesar dan mereka mempunyai pendengaran baik. Namun kaedah paling baik ialah mencegah jangkitan daripada berlaku.


Pencegahan


Mencegah otitis media bermakna kita boleh mengurangkan masalah penghasilan bakteria yang ada daya ketahanan tinggi terhadap antibiotik; beban ibu bapa (daripada segi pengambilan cuti untuk menjaga anak sakit dan kos rawatan), beban sektor perubatan dan ekonomi masyarakat; kesakitan, kesengsaraan dan kesan sampingan yang ditanggung oleh kanak-kanak serta ibu bapa.


  •  Jika mempunyai anak yang mendapat jangkitan telinga, asingkan dengan anak lain hingga demam reda
  •  Pada masa sama, elak membawa anak yang dijangkiti berenang kerana ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk
Beberapa cara boleh dilakukan untuk mencegah jangkitan telinga seperti:

  •  Membawa anak mendapatkan suntikan vaksin. Doktor akan mencadangkan jenis vaksin yang boleh mencegah jangkitan telinga seperti vaksin untuk pneumokokal. Walaupun ia tidak memberi perlindungan 100 peratus, vaksin sangat berkesan mencegah jangkitan, terutama bagi serotype virus atau bakteria yang terkandung dalam vaksin berkenaan. Malah, ia penting untuk mengurangkan komplikasi teruk akibat jangkitan pneumokokal
  •  Memberikan vaksin mencegah selesema juga dianggap langkah baik kerana risiko mendapat otitis media meningkat jika kerap mengalami jangkitan saluran pernafasan
  •  Basuh tangan sekerap mungkin untuk mencegah pemindahan bakteria atau virus kepada anak
  •  Beri susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan. Elak menyusu anak sambil berbaring
  •  Jangan merokok di dalam rumah. Lebih baik, berhenti merokok. Banyak kajian menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok lebih kerap mengalami jangkitan telinga
PS: Selain itu anda boleh meminta doktor memeriksa telinga anak setiap kali ke klinik, juga menyarankan doktor keluarga untuk lebih peka mengenai gejala jangkitan telinga bagi membolehkan masalah telinga dapat dikesan lebih awal.

Sumber : hmetro.com.my




Comments

Popular posts from this blog

Ujian Saringan Pendengaran Bayi (Newborn Hearing Screening)

Pendengaran merupakan salah satu pancaindera yang sangat penting untuk pertuturan dan perkembangan bahasa manusia. Tanpa pendengaran yang baik perkembangan bahasa dan keupayaan untuk bertutur akan terjejas. Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan 3 daripada 1000 bayi baru lahir mempunyai masalah pendengaran yang signifikan. Selain itu, pada tahun 2009 World Health Organization (WHO) telah melaporkan seramai 1 hingga 5 daripada 1000 bayi baru lahir mempunyai masalah pendengaran yang kongenital (sejak lahir). Berdasarkan statistik di atas, ujian saringan pendengaran bayi baru lahir sangat digalakkan untuk dibuat kepada semua bayi. Dengan adanya saringan secara universal (semua bayi baru lahir buat saringan), masalah pendengaran dapat dikesan dengan lebih awal. Pengurusan masalah pendengaran (pemakaian alat bantu pendengaran / implan koklea, terapi pertuturan dll) dapat dilakukan dengan secepat mungkin. Ini penting untuk integrasi

Salat Buddy

Setiap umat Islam tentu sahaja mahukan solat yang sempurna. Sujud, salah satu pergerakan solat, merupakan antara ibadah yang teragung dan dicintai oleh Allah.  Pada masa ini, seorang hamba betul-betul merendahkan dirinya dan menyentuh kepala (yang paling atas) terus ke tanah (yang paling rendah), sebagai tanda tunduk kepada Sang Pencipta. Sebagai satu simbol, seorang hamba berada paling dekat Tuhannya semasa sujud. Tapi ada Muslimin dan Muslimat yang mungkin tidak dapat merasa nikmat sujud kepada Allah. Kesukaran untuk sujud ini selalunya bersebab daripada masalah perubatan. Contohnya sakit lutut, walaupun masih boleh mula solat secara berdiri, kebanyakan masa agak sukar untuknya melipat kaki semasa duduk antara dua sujud. Akhirnya terpaksa solat di atas kerusi. Hilang nikmat solat. Kini, ada cara untuk membolehkan mereka yang mengalami kecederaan lutut dan sendi kaki untuk melakukan solat dengan lebih sempurna. Perkenalkan: SalatBuddy, rakan solat anda. SalatBuddy direka
Assalamualaikum semua, Untuk makluman. Kami telah bertukar tempat dari Innohear Pasir Puteh ke Innohear Kota Bharu. Alamat baru: D'Healthy - Physio,Speech & Occupational Therapy Centre, 1528, Jalan Dato Lundang, 15200 Kota Bharu, Kelantan https://waze.com/ul/hw30dxp9f8 Bulan Kesedaran Mendengar! Hubungi kami sekarang di 011-1079 2663 (Audiologist - Diyana Zaki) untuk membuat temujanji anda bagi: 1. Pemeriksaan pendengaran dengan audiologis iaitu pakar pendengaran anda. 2. Perbincangan dengan audiologis berkenaan kesihatan pendengaran. 3. Mencuba memakai alat bantu pendengaran (hearing aid trial) - Mengetahui bagaimana alat-alat bantu pendengaran yang terbaik ini dapat membuat pengalaman anda menjadi lebih baik. 4. Tinitus (berdesing dalam telinga) perundingan dan terapi. #innohear #sedardengar #premiumhearingaidsmadeaffordable #heartospeak #innohearkotabharu