Skip to main content

Nikmat Pendengaran

Bismillahirrahmanirrahim.....^_^
Firman Allah yang bermaksud:
 “Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya serta meniupkan padanya roh ciptaan-Nya dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran, penglihatan dan hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” – (Surah as-Sajdah, ayat 9)

Sesungguhnya setiap kalimah dalam ayat al-Quran itu penuh dengan makna tersurat dan tersirat. Umpamanya, kronologi disebutkan pendengaran dulu daripada penglihatan adalah suatu yang dibuktikan benar secara perubatan.
Menurut pakar anatomi manusia, Profesor Keith Moore, deria yang pertama terbentuk pada perkembangan manusia ialah pendengaran. Fetus boleh mula mendengar pada minggu ke-24. Selepas itu, deria penglihatan terbentuk dan pada minggu ke-28, yang pada waktu ini retina mula menjadi sensitif kepada cahaya.
Disebabkan itulah, apabila seseorang bayi mula dilahirkan maka stimulasi atau pendedahan pertama yang mesti diberikan ialah alunan azan dan iqamah kerana pada saat kelahiran itu sistem pendengarannya sudah pun berfungsi.
Berbanding deria penglihatan, ia memerlukan sedikit masa untuk retina (bahagian yang bertanggungjawab terhadap penangkapan imej dalam mata) dapat berfungsi dengan baik setelah mendapat rangsangan pendedahan cahaya secukupnya.
Bersyukur dengan nikmat pendengaran adalah suatu yang mesti bagi seseorang hamba. Pembuktian terhadap sifat syukur itu bukan saja cukup dengan sebutan di mulut tetapi bagaimana cara kita menggunakan nikmat itu juga menjadi manifestasi tahap kesyukuran kepada Tuhan yang meminjamkan nikmat begitu berharga.
Menunjukkan sifat menghargai atau berterima kasih terhadap sesuatu pemberian termasuklah cara bagaimana kita menggunakannya. Seseorang hamba yang bersyukur harus menjaga telinga dan pendengaran mereka meliputi kedua-dua aspek iaitu penjagaan lahiriah dan batiniah.
Penjagaan lahiriah termasuklah menjaga kebersihan telinga dengan cara yang betul, seperti tidak menggunakan pin rambut dan putik kapas untuk mengorek telinga, menjauhi sumber bunyi bising yang melampau dan mendapatkan rawatan apabila sesuatu mula dirasakan tidak kena berlaku pada telinga atau pendengaran mereka.
Daripada Ibnu Al-Harith, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan sebaik-baik perkara ialah secara sederhana.” – (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Mendengar radio, televisyen, berada dalam bilik atau suasana yang bingit mampu mengundang masalah kepekakan. Kajian menunjukkan bunyi yang kuat atau pendedahan kepada kebisingan berpanjangan boleh menyebabkan kerosakan sel saraf pendengaran dalam koklea. Dalam kebanyakan kes, ia adalah bersifat kekal.
Justeru, jika kita bekerja di tempat mempunyai tahap kebisingan melampau seperti lapang sasar menembak, lapangan terbang atau mengendalikan jentera mengeluarkan bunyi bising, gunakanlah pelindung telinga. Kita juga harus mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang bunyi bisingnya melebihi tahap selesa untuk telinga manusia normal mendengarnya.
Source by: http://ahmadzaki.wordpress.com/

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Saringan Pendengaran Bayi (Newborn Hearing Screening)

Pendengaran merupakan salah satu pancaindera yang sangat penting untuk pertuturan dan perkembangan bahasa manusia. Tanpa pendengaran yang baik perkembangan bahasa dan keupayaan untuk bertutur akan terjejas. Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan 3 daripada 1000 bayi baru lahir mempunyai masalah pendengaran yang signifikan. Selain itu, pada tahun 2009 World Health Organization (WHO) telah melaporkan seramai 1 hingga 5 daripada 1000 bayi baru lahir mempunyai masalah pendengaran yang kongenital (sejak lahir). Berdasarkan statistik di atas, ujian saringan pendengaran bayi baru lahir sangat digalakkan untuk dibuat kepada semua bayi. Dengan adanya saringan secara universal (semua bayi baru lahir buat saringan), masalah pendengaran dapat dikesan dengan lebih awal. Pengurusan masalah pendengaran (pemakaian alat bantu pendengaran / implan koklea, terapi pertuturan dll) dapat dilakukan dengan secepat mungkin. Ini penting untuk integrasi ...

5/4/2012 : Screening At Tadika Excellent Child Centre (ECC) Kota Bharu

AlHAMDULILLAH! Innohear Kota Bharu berjaya mengadakan ujian saringan kesihatan telinga bertempat di Tadika Kanak2 Cemerlang, Jalan Bayam Kota Bharu. Jutaan Terima Kasih kepada semua yang terlibat terutama Pengurus tadika, Pn Rahimah dan juga semua staf Innohear yang terlibat memberi idea, maklumat dan dan sokongan! Smga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik cara =)                                                                      
 Servis & Perkhidmatan kami di Innohear Kota Bharu 🧐 ✅ Ujian Pendengaran (Hearing Test) ✅ Pemakaian dan kaunseling berkaitan Alat Bantu Pendengaran (ABP) ✅ Servis dan baikpulih Alat Bantu Pendengaran (ABP) ✅ Kaunseling Tinnitus (Telinga Berdesing) ✅ Aksesori Alat Bantu Pendengaran (ABP) seperti bateri, butir pengering, acuan telinga, tiub acuan telinga dll Pakar pendengaran kami sedia membantu anda.  Apa tunggu lagi? Whatsapp di http://innohearpantaitimur.wasap.my/  INNOHEAR KOTA BHARU 1528, Jalan Dato Lundang, 15200 Kota Bharu, Kelantan 011-1079 2663 #innohear #innohearkotabharu #innohearkelantan  #sedardengar #hearingcare #hearingloss #hearingtest  #hearingaids  #kotabharu #pakarpendengarananda  #audiometrytest #pusatalatbantupendengaran #ujianpendengaran #premiumhearingaidsmadeaffordable